PERNIAGAAN ANTARABANGSA
PERSEKITARAN TEKANAN POLITIK
Sistem politik menentukan bagaimana konflik di antara kepentingan-kepentingan di dalam masyarakat diselesaikan. Kebanyakan masyarakat termasuk di Malaysia, mempunyai ciri masyarakat majmuk di mana terdapat berbagai-bagai kepercayaan, agama dan adat resam.
DEMOKRASISalah satu peranan yang dimainkan oleh sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat ialah memastikan tidak berlakunya pergaduhan antara puak-puak yang mempunyai fahaman ideologi berbeza-beza. Apabila peranan ini tidak dapat dimainkan dengan sempurna, maka konflik yang serius mungkin berlaku seperti di Mesir, Syria, Albania dan Yugoslavia. Secara amnya, sistem politik yang diamalkan di negara-negara di dunia boleh dibahagikan kepada tiga, sistem demokrasi, sistem totalitarianism dan sistem syariah. Secara amnya, sistem politik yang diamalkan di negara-negara di dunia boleh dibahagikan kepada tiga, sistem demokrasi, sistem totalitarianism dan sistem syariah.
Sistem demokrasi adalah berdasarkan kepada fahaman bahawa suara terbanyaklah yang harus menentukan bagaimana sesuatu masyarakat ditadbir. Oleh itu kesemua rakyat (yang layak) harus diberi peluang untuk memilih pemimpin (sama ada parti atau individu) berdasarkan polisi dasar yang dicadangkan oleh mereka. Sudah tentu sejauh mana penglibatan rakyat di dalam membuat pilihan berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Di sesetengah negara, rakyat berhak secara bebas memilih pemimpin sementara di negara yang lain hak rakyat adalah terbatas.Walau bagaimanapun, negara yang mengamalkan demokrasi biasanya mempunyai beberapa prinsip, iaitu kebebasan mengeluarkan pendapat, kebebasan akhbar, pilihanraya bebas, sistem kehakiman yang bebas dari campurtangan politik dan jentera kerajaan yang bebas dari fahaman politik. Walaubagaimanapun, masih terdapat negara masih mengatakan bahawa sistem yang mereka amalkan adalah sistem demokrasi walaupun beberapa ciri di atas pada hakikatnya disekat. Umpamanya banyak negara tidak mempunyai kebebasan akhbar kerana golongan pemerintah bimbang akan kesan keadaan tersebut kepada keupayaannya memegang tampuk kuasa.TOTALITARIANISMASistem Totalitarianisma pula adalah di mana rakyat langsung tidak diberikan kuasa untuk melibatkan diri di dalam pentadbiran masyarakat. Semua polisi negara ditentukan oleh seorang individu dictator atau sekumpulan kecil individu. Parti pembangkang langsung tidak dibenarkan wujud. Sebagai contoh ialah Negara Russia di bawah parti komunis dahulu di mana Politburo yang menentukan semua polisi Negara. Iraq ialah contoh di mana seorang individu (Saddam Hussein) memerintah negara.SYARIAHSistem politik berdasarkan Syariah hanya merujuk kepada Negara-negara Islam. Ini kerana Syariah adalah sistem perundangan Islam yang berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad (SAW). Selain dari itu, pendapat-pendapat Ulama Islam juga digunakan untuk membangunkan di mana rakyat memilih pemimpin. Sistem ini ada mempunyai unsure demokrasi di mana rakyat memilih pemimpin. Tetapi ianya berbeza dengan demokrasi kerana undang-undang yang jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadith (seperti hokum hudud) mengatasi undang-undang yang direka oleh manusia. Dalam erti kata lain, di dalam sistem politik Syariah, suara ramai rakyat tidak boleh mengatasi perkara yang telah diputuskan oleh Tuhan. Sistem politik Syariah kini hanya diamalkan secara sepenuhnya di Sudan, Afghanistan dan Arab Saudi.PERSEKITARAN POLITIK ANTARABANGSAPersekitaran politik antarabangsa sentiasa mengalami perubahan. Negara yang mengamalkan sistem totalitarianisma semakin berkurang. Ramai pemimpin diktator telah digulingkan seperti Shah Iran, Marcos, Suharto, Saddam Hussein dan lain-lain. Sistem demokrasi semakin hari semakin popular. Faktor utama yang menggalakkan perkara ini ialah kegagalan sistem totalitarianisma meningkatkan kebajikan masyarakat. Di samping itu terdapat faktor lain termasuk peningkatan tahap pendidikan di kalangan rakyat, pendedahan rakyat kepada berita dari dunia luar dan lain-lain.Sistem Syariah juga semakin popular di kalangan masyarakat Islam di serata dunia. Faktor utama adalah ketidakpuasan di kalangan masyarakat dengan sistem yang sedia ada serta kesedaran mereka tentang kedudukan sistem tersebut di dalam Agama Islam. Ramai penganut agama Islam mempercayai bahawa pelaksanaan sistem Syariah adalah perkara yang wajib bagi masyarakat Islam. Jika penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam meningkat,kemungkinan besar tuntutan untuk melaksanakan sistem Syariah akan juga meningkat.KESAN PERSEKITARAN POLITIK –RISIKO POLITIK TERHADAP PERNIAGAAN
Bil Jenis Risiko Akibat 1. Pengambil alihan Kehilangan keuntungan jangka panjang. 2. Rampasan Kehilangan aset.Kehilangan keuntungan jangka panjang. 3. Kempen Boikot Barangan Import Kehilangan hasil jualan.Pertambahan kos untuk memulihkan imej organisasi. 4. Undang-undang Gaji Buruh Pertambahan kos operasi. 5. Penculikan/Keganasan Gangguan ke atas pengeluaran.Pertambahan kos keselamatan.Pertambahan kos pengurusan.Penurunan kadar produktiviti 6. Peperangan Kerosakan harta benda.Kehilangan hasil jualan.Gangguan ke atas pengeluaran.Pertambahan kos keselamatan.Penurunan kadar produktiviti. 7. Inflasi Pertambahan kos operasi. 8. Repartriation Pemindahan wang disekat. 9. Penurunan Nilai Matawang Kemelesetan nilai wang berbanding matawang asing. 10. Kenaikan Cukai Penurunan keuntungan selepas cukai.
Uii baguihhh
ReplyDelete