PERNIAGAAN ANTARABANGSA
PERSEKITARAN PERUNDANGAN
PERBEZAAN SISTEM PERUNDANGAN
Setiap perniagaan perlu mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di negara yang mereka berurusan.
Sistem perundangan berbeza antara negara, ada beberapa jenis undang-undang antarabangsa yang digunapakai adalah seperti berikut :
1. Perundangan Biasa (Common Law)
Sistem perundangan biasa atau lebih dikenali sebagai Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal.
Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat (Negeri Louisiana menggunakan kedua-dua Common Law dan sistem perundangan sivil Napoleon).
Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan campuran Common Law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.
2. Perundangan Sivil (Civil Law)
Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang menggunakan satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil. Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang) di dalam sesebuah negara.
Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara-negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.
Perbezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes terdahulu kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.
3. Perundangan Keagamaan (Religious Law)
Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama ke atas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi.Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam.
Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.
Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri. Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi serta undang-undang pentadbiran.
Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan.
Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19.
Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain. Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koporat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.
4. Perundangan Birokratik (Bureaucratic Law)
Undang-undang birokratik biasanya diamalkan oleh pemimpin diktaktor. Negara yang mengamalkan undang-undang birokrasi adalah seperti Negara komunis iaitu China, Rusia dan Cuba. Dalam Negara yang mengamalkan birokrasi, kemampuan perniagaan antarabangsa untuk mengurus operasi perniagaan biasanya diganggu gugat oleh sistem birokrasi itu sendiri.
5. Perundangan berasaskan Domestik (Domesticallay Oriented Laws)
Undang-undang domestik terdiri daripada undang-undang buruh, undang-undang berkaitan sistem kewangan contohnya bank, undang-undang memberi pinjaman, pemasaran, pengiklanan serta undang-undang bagi melindungi hak pengguna, undang-undang paten dan hakcipta.
Undang-undang domestik ini memberi kesan kepada perniagaan antarabangsa contohnya kos buruh dinegara china lebih murah berbanding dengan Negara Jerman atau Perancis.
PERUNDANGAN DAN INTERNET (Law and the Internet)
Perniagaan antarabangsa semestinya mengunakan teknologi internet bagi memudahkan lagi urusniaga perniagaan sepeti pemasaran dan sebagainya. Justeru itu perniagaan antarabangsa juga tertakluk kepada undang-undang internet. Di Malaysia undang-undang internet dipantau oleh Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara undang-undang yang digunapakai ialah:
(i). AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2002 [Akta A1148]
(ii). AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2004 [Akta A1231]
(iii). AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2004 [Akta A1220]
Awat baguih ngat ni...
ReplyDelete