ayat bergerak

PERNIAGAAN ANTARABANGSA (JTP293)

BAB 3 -PERUNDANGAN, TEKNOLOGI DAN TEKANAN POLITIK

BAB 3 -PERUNDANGAN, TEKNOLOGI DAN TEKANAN POLITIK

1. Persekitaran Perundangan

2. Persekitaran Teknologi

3. Persekitaran Tekanan Politik

Wednesday, 29 January 2014

PERSEKITARAN TEKANAN POLITIK

PERNIAGAAN ANTARABANGSA



PERSEKITARAN TEKANAN POLITIK


Sistem politik menentukan bagaimana konflik di antara kepentingan-kepentingan di dalam masyarakat diselesaikan. Kebanyakan masyarakat termasuk di Malaysia, mempunyai ciri masyarakat majmuk di mana terdapat berbagai-bagai kepercayaan, agama dan adat resam.
Salah satu peranan yang dimainkan oleh sistem politik yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat ialah memastikan tidak berlakunya pergaduhan antara puak-puak yang mempunyai fahaman ideologi berbeza-beza. Apabila peranan ini tidak dapat dimainkan dengan sempurna, maka konflik yang serius mungkin berlaku seperti di Mesir, Syria, Albania dan Yugoslavia.    Secara amnya, sistem politik yang diamalkan di negara-negara di dunia boleh dibahagikan kepada tiga, sistem demokrasi, sistem totalitarianism dan sistem syariah. Secara amnya, sistem politik yang diamalkan di negara-negara di dunia boleh dibahagikan kepada tiga, sistem demokrasi, sistem totalitarianism dan sistem syariah.

         DEMOKRASI

Sistem demokrasi adalah berdasarkan kepada fahaman bahawa suara terbanyaklah yang harus menentukan bagaimana sesuatu masyarakat ditadbir. Oleh itu kesemua rakyat (yang layak) harus diberi peluang untuk memilih pemimpin (sama ada parti atau individu) berdasarkan polisi dasar yang dicadangkan oleh mereka. Sudah tentu sejauh mana penglibatan rakyat di dalam membuat pilihan berbeza dari satu negara ke negara yang lain. Di sesetengah negara, rakyat berhak secara bebas memilih pemimpin sementara di negara yang lain hak rakyat adalah terbatas.

Walau bagaimanapun, negara yang mengamalkan demokrasi biasanya mempunyai beberapa prinsip, iaitu kebebasan mengeluarkan pendapat, kebebasan akhbar, pilihanraya bebas, sistem kehakiman yang bebas dari campurtangan politik dan jentera kerajaan yang bebas dari fahaman politik. Walaubagaimanapun, masih terdapat negara masih mengatakan bahawa sistem yang mereka amalkan adalah sistem demokrasi walaupun beberapa ciri di atas pada hakikatnya disekat. Umpamanya banyak negara tidak mempunyai kebebasan akhbar kerana golongan pemerintah bimbang akan kesan keadaan tersebut kepada keupayaannya memegang tampuk kuasa.   

TOTALITARIANISMA

Sistem Totalitarianisma pula adalah di mana rakyat langsung tidak diberikan kuasa untuk melibatkan diri di dalam pentadbiran masyarakat. Semua polisi negara ditentukan oleh seorang individu dictator atau sekumpulan kecil individu. Parti pembangkang langsung tidak dibenarkan wujud. Sebagai contoh ialah Negara Russia di bawah parti komunis dahulu di mana Politburo yang menentukan semua polisi Negara. Iraq ialah contoh di mana seorang individu (Saddam Hussein) memerintah negara.

SYARIAH

Sistem politik berdasarkan Syariah hanya merujuk kepada Negara-negara Islam. Ini kerana Syariah adalah sistem perundangan Islam yang berdasarkan kepada dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadith Nabi Muhammad (SAW). Selain dari itu, pendapat-pendapat Ulama Islam juga digunakan untuk membangunkan di mana rakyat memilih pemimpin. Sistem ini ada mempunyai unsure demokrasi di mana rakyat memilih pemimpin. Tetapi ianya berbeza dengan demokrasi kerana undang-undang yang jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadith (seperti hokum hudud) mengatasi undang-undang yang direka oleh manusia. Dalam erti kata lain, di dalam sistem politik Syariah, suara ramai rakyat tidak boleh mengatasi perkara yang telah diputuskan oleh Tuhan. Sistem politik Syariah kini hanya diamalkan secara sepenuhnya di Sudan, Afghanistan dan Arab Saudi.

PERSEKITARAN POLITIK ANTARABANGSA

Persekitaran politik antarabangsa sentiasa mengalami perubahan. Negara yang mengamalkan sistem totalitarianisma semakin berkurang. Ramai pemimpin diktator telah digulingkan seperti Shah Iran, Marcos, Suharto, Saddam Hussein dan lain-lain. Sistem demokrasi semakin hari semakin popular. Faktor utama yang menggalakkan perkara ini ialah kegagalan sistem totalitarianisma meningkatkan kebajikan masyarakat. Di samping itu terdapat faktor lain termasuk peningkatan tahap pendidikan di kalangan rakyat, pendedahan rakyat kepada berita dari dunia luar dan lain-lain.
Sistem Syariah juga semakin popular di kalangan masyarakat Islam di serata dunia. Faktor utama adalah ketidakpuasan di kalangan masyarakat dengan sistem yang sedia ada serta kesedaran mereka tentang kedudukan sistem tersebut di dalam Agama Islam. Ramai penganut agama Islam mempercayai bahawa pelaksanaan sistem Syariah adalah perkara yang wajib bagi masyarakat Islam. Jika penghayatan Islam di kalangan masyarakat Islam meningkat,kemungkinan besar tuntutan untuk melaksanakan sistem Syariah akan juga meningkat.

KESAN PERSEKITARAN POLITIK –RISIKO POLITIK TERHADAP PERNIAGAAN

Bil
Jenis Risiko
Akibat
1.
Pengambil alihan
Kehilangan keuntungan jangka panjang.
2.
Rampasan
Kehilangan aset.
Kehilangan keuntungan jangka panjang.
3.
Kempen Boikot Barangan Import
Kehilangan hasil jualan.
Pertambahan kos untuk memulihkan imej organisasi.
4.
Undang-undang Gaji Buruh
Pertambahan kos operasi.
5.
Penculikan/Keganasan
Gangguan ke atas pengeluaran.
Pertambahan kos keselamatan.
Pertambahan kos pengurusan.
Penurunan kadar produktiviti
6.
Peperangan
Kerosakan harta benda.
Kehilangan hasil jualan.
Gangguan ke atas pengeluaran.
Pertambahan kos keselamatan.
Penurunan kadar produktiviti.
7.
Inflasi
Pertambahan kos operasi.
8.
Repartriation
Pemindahan wang disekat.
9.
Penurunan Nilai Matawang
Kemelesetan nilai wang berbanding matawang asing.
10.
Kenaikan Cukai
Penurunan keuntungan selepas cukai.

Thursday, 23 January 2014

PERSEKITARAN TEKNOLOGI

PERNIAGAAN ANTARABANGSA



PERSEKITARAN TEKNOLOGI


Menurut Aini Hayati, M.et al. (2008) “Teknologi merujuk kepada ciptaan baru yang dihasilkan oleh penyelidikan. Inovasi berlaku apabila sesuatu produk atau kaedah yang lebih baik ditemui daripada penyelidikan yang dilakukan.”
Kemajuan persekitaran teknologi bagi sesebuah Negara adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap Negara mempunyai keupayaan dan kemampuan yang tersendiri dalam teknologi yang dimiliki. Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pantas membangun pasti akan memberi kesan secara langsung kepada sesebuah syarikat perniagaan.

Teknologi juga telah mengubah proses proses pengeluaran sesebuah syarikat dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih serta dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran. Namun begitu teknologi juga boleh mengubah dan menghapuskan perniagaan ataupun sesebuah industri yang sedia ada. Sebagai contohnya, syarikat pembuat dan pembekal mesin taip terbesar suatu ketika dahulu iaitu SmithCorona Corp. telah menjadi muflis disebabkan oleh kemunculan komputer yang lebih mudah dan mesra pengguna.

Munurut Yusof, A.A & Yusof, Z (2004) di dalam sudut perniagaan, “Tindakan sesebuah syarikat membawa masuk teknologi baru ke dalam Negara yang mempunyai teknologi yang lebih rendah akan memberi kesan kejutan kepada Negara tersebut. Tindakan ini akan menyebabkan kesukaran kepada syarikat ataupun Negara tersebut untuk saling menyesuaikan diri terutamanya jika perubahan atau kejutan itu bertentangan dengan polisi atau objektif sebenar bagi sesebuah negara tersebut”. Perubahan ini akan mengakibatkan pembaziran dari segi masa, tenaga, wang dan juga sumber-sumber yang lain.

Contohnya seperti komputer dan telefon bimbit, merupakan satu inovasi dalam teknologi yang sentiasa mengalami perubahan yang dimonopoli penciptaannya oleh Negara Jepun dan Amerika Syarikat. Pada mulanya komputer hanya digunakan untuk menggantikan mesin taip tetapi kini ia boleh menjadi alat pelbagai fungsi sehingga boleh menjadi alat pemain cakera padat samada untuk mendegar muzik ataupun menonton video dan begitu juga dengan perubahan yang berlaku kepada telefon bimbit. Selain itu, penggunaan Internet dan email dalam berurusan kerja-kerja seharian juga digunakan kerana pantas dan mudah.

Terdapat juga Evolusi elektronik perdagangan telah mencipta banyak peluang baru dan perniagaan baru. Walau bagaimanapun, membina dan memasarkan perniagaan melalui e-commerce boleh memakan kos yang tinggi. E-commerce memberi peluang usahawan untuk menukar idea kepada pasaran baru yang mengasyikkan. Usahawan boleh menggunakan katalog di laman web untuk mempromosi dan menjual produk mereka secara ‘online’. Teknologi yang menggunakan e-commerce menawarkan informasi yang memberi bantuan kepada pengguna membuat keputusan.

Informasi di dalam e-commerce boleh dicapai 24 jam sehari, dengan data yang dikemaskini setiap setengah jam (bergantung kepada sesebuah syarikat). Ia membolehkan syarikat membawa pelanggan untuk mengalami pengalaman web dari mula sehingga akhir. Ia juga boleh menawarkan perkhidmatan secara peribadi yang sesuai mengikut kehendak individu tersebut dan membolehkan interaktif antara pengguna dan syarikat itu sendiri. Perkara yang paling penting adalah e-commerce boleh mengurangkan kos transaksi.


PEMINDAHAN TEKNOLOGI 
Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama lain. Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

PERKONGSIAN TEKNOLOGI

Keperluan saling bergantungan antara dua negara menggalakkan perdagangan  antarabangsaIni kerana teknologi, pengetahuan dan kepakaran dapat dikongsi bersama untuk mengatasi kelemahan masing-masingKeadaan ini dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos pengeluaran

KESEN PERKEMBANGAN TEKNOLOGI
Manakala menurut Boris Petrov (1982) menyatakan bahawa terdapat tiga kesan ekoran daripada perkembangan teknologi iaitu:

  • Membawa perubahan didalam satu-satu masa perniagaan yang    dijalankan.
  • Membentuk pasaran dan segmen perniagaan baru.
  • Memberhentikan perniagaan yang dijalankan kerana kos yang tinggi diperlukan untuk menggunakan teknologi baru atau berlaku penyatuan beberapa syarikat bagi mengatasi masalah yang wujud.





Thursday, 16 January 2014

PERSEKITARAN PERUNDANGAN

PERNIAGAAN ANTARABANGSA


PERSEKITARAN PERUNDANGAN


PERBEZAAN SISTEM PERUNDANGAN

Setiap perniagaan perlu mematuhi undang-undang yang berkuatkuasa di negara yang mereka berurusan. 

Sistem perundangan berbeza antara negara, ada beberapa jenis undang-undang antarabangsa yang digunapakai adalah seperti berikut :

 
1. Perundangan Biasa (Common Law)

Sistem perundangan biasa atau lebih dikenali sebagai Common Law adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare decisis. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal. 
Sistem ini sekarang diamalkan di Ireland, United Kingdom, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Kanada (tidak termasuk Quebec), dan Amerika Syarikat (Negeri Louisiana menggunakan kedua-dua Common Law dan sistem perundangan sivil Napoleon). 
Sebagai tambahan, negara-negara lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan campuran Common Law dengan undang-undang adat istiadat dan agama tempatan.


2. Perundangan Sivil (Civil Law)

Sistem perundangan sivil adalah undang-undang berkod yang menggunakan satu sistem peraturan komprehensif yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan 60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh sistem perundangan sivil. Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang merujuk kepada jenis undang-undang) di dalam sesebuah negara.
Sistem perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini diamalkan di kebanyakan negara-negara Eropah. Manakala istilah undang-undang sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat dibezakan dengan undang-undang jenayah.
Perbezaan paling ketara sistem perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya, hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi bukan kes-kes terdahulu kecualilah satu perkara yang serupa telah diputuskan oleh mahkamah yang lebih agung. Tetapi sebagai satu pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman), tulisan para cendakiawan undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat keatas mahkamah-mahkamah.


3. Perundangan Keagamaan (Religious Law)

Ramai negara mendasarkan sistem perundangan mereka yang berkait agama ke atas kawalan agama itu sendiri, sebagai contoh ajaran dalam Mitzvah yang didasarkan agama Yahudi.Sistem yang paling dominan yang berbentuk begini adalah Syariah atau undang-undang Islam.
Pada hari ini, undang-undang ini hidup dalam bentuk yang paling tulen hanyalah di Arab Saudi akan tetapi negara-negara Islam lainnya juga mengamalkan ia dengan campuran sistem perundangan lain, sebagai contoh Malaysia mengaplikasi sesetengahnya dalam perihal seperti perceraian dan pembahagian harta.
Halakha atau undang-undang Yahudi diikuti pengikut orthodoks dan pengikut konservatif Yahudi (dalam bentuk berbeza mengikut mazhab) dengan berkait kedua-dua segi agama disamping segi sivil. Akan tetapi berbeza dengan Syariah, tiada negara di dunia kini yang mengamalkan undang-undang Halakha dengan sepenuhnya, termasuklah Israel sendiri. Pada peringkat yang lebih kecil, masih ada kawasan di dunia ini yang mengamalkan undang-undang kanun yang diikuti penganut Katolik serta Anglican dan satu sistem perundangan yang serupa diamalkan oleh Gereja Orthodoks Timur. Tetapi, undang-undang kanun Kristian hari ini berkait dengan agama sahaja, tidak seperti Syariah yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti harta, kontrak, hubungan perdagangan dan perlindungan ganti rugi serta undang-undang pentadbiran.
Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan.
Sistem perundangan sivil sebagaimana dinotakan diatas mempunyai asas dalam undang-undang Rom, yang diamalkan oleh para cendakiawan dan mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi abad ke-19.
Kod sivil ramai negara, terutama bekas jajahan Perancis dan Sepanyol menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal tetapi tidak untuk kawasan Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara Asia timur. Dinotakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain. Kepentingan Code Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula mentadbir undang-undang koporat, undang-undang cukai dan undang-undang perlembagaan.


 4. Perundangan Birokratik (Bureaucratic Law)

Undang-undang birokratik biasanya diamalkan oleh pemimpin diktaktor. Negara yang mengamalkan undang-undang birokrasi adalah seperti Negara komunis iaitu China, Rusia dan Cuba. Dalam Negara yang mengamalkan birokrasi, kemampuan perniagaan antarabangsa untuk mengurus operasi perniagaan biasanya diganggu gugat oleh sistem birokrasi itu sendiri.


5. Perundangan berasaskan Domestik (Domesticallay Oriented Laws)

Undang-undang domestik terdiri daripada undang-undang buruh, undang-undang berkaitan sistem kewangan contohnya bank, undang-undang memberi pinjaman, pemasaran, pengiklanan serta undang-undang bagi melindungi hak pengguna, undang-undang paten dan hakcipta.
Undang-undang domestik ini memberi kesan kepada perniagaan antarabangsa contohnya kos buruh dinegara china lebih murah berbanding dengan Negara Jerman atau Perancis.


PERUNDANGAN DAN INTERNET (Law and the Internet)

Perniagaan antarabangsa semestinya mengunakan teknologi internet bagi memudahkan lagi urusniaga perniagaan sepeti pemasaran dan sebagainya. Justeru itu perniagaan antarabangsa juga tertakluk kepada undang-undang internet. Di Malaysia undang-undang internet dipantau oleh Suruhanjaya Kommunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara undang-undang yang digunapakai ialah:

(i).  AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2002 [Akta A1148]

(ii). AKTA SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (PINDAAN) 2004 [Akta A1231]

(iii). AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PINDAAN) 2004 [Akta A1220]  

PENGENALAN - PERUNDANGAN, TEKNOLOGI DAN TEKANAN POLITIK

PERNIAGAAN ANTARABANGSA



BAB 3 
PERUNDANGAN, TEKNOLOGI DAN 
TEKANAN POLITIK



 Pengenalan

Perniagaan domestik harus diikuti undang-undang yang telah ditetapkan di negara mereka, manakala perniagaan antarabangsa berdepan dengan situasi yang lebih kompleksiti. Ia perlu patuh dengan undang-undang di negara mereka dan undang-undang yang ditetapkan di Negara yang mereka berurusan. Sebagai contohnya Syarikat ABC merupakan syarikat daripada Negara India dan menjalankan perniagaan di Negara Malaysia maka syarikat ABC perlu mematuhi undang-undang perniagaan di Negara India dan di Negara Malaysia.

Terdapat tiga (3) perkara penting dalam Perniagaan Antarabangsa ialah :

(i)  Perundangan
(ii) Teknologi
(iii)Tekanan Politik